Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Wednesday, April 4, 2012

En Jetley dan emak En Jetley




Pada satu pagi yang tenang, Cik Peris menerima kujungan dari lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai En Jetley. Sudah menjadi kebiasaan Cik Peris, walaupun klinik psikologi & psikiatri beliau ditutup pada hari minggu, beliau tetap sanggup memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan bantuannya.

"Ada apa yang boleh saya bantu En Jetley?"

"Saya datang ni nak minta pendapat Cik Peris. Ada sesuatu tentang mak saya yang mengganggu saya Cik Peris..makin hari makin menjadi perangainya, risau saya dibuatnya.."

"Jadi En Jetley datang hari ni nak bincang dengan saya pasal mak En. lah ya...kalau saya boleh bantu saya bantu, tapi apa yang tak kena dengan mak En Jetley?"

"Sejak seminggu dua ni mak saya selalu je menangis, kadang-kadang saya nampak dia termenung sorang-sorang"

"Sejak bila mak En Jetley macam tu? En. ada perhatikan tak sebab-sebab yang membuatkan mak En berkelakuan macam tu?"

"Biasanya bila time makan je dia menangis, kadang-kadang tu lepas sembang dengan saya je dia menangis..Semua tu jadi selepas dia bawa satu lelaki ni, kawan dia kot, datang jumpa saya..Minggu lepas saya dapat tahu lelaki tu ajak mak jumpa lagi, saya ingat lelaki tu ada bagi satu surat dekat mak saya, lepas tu mak banyak termenung sambil pegang surat tu. Paling saya risau, semalam mak saya nampak murung selepas saya suruh dia berehat biar isteri saya yang masak, sebab saya kesian tengok dia letih-letih buat kerja rumah.."

"En Jetley tak tanya ke kenapa time makan je dia boleh menangis, bila sembang dengan En.je dia boleh menangis"

"Saya suruh dia simpan sikit makanan, nanti isteri saya balik kerja tak payah susah-susah nak masak..lepas tu dia nangis..Mak saya ada cakap, dia risaukan saya sebab tu kadang-kadang saya nampak dia nangis lepas sembang dengan saya..Saya ingat mungkin dia bimbang saya asyik berkurung dalam bilik kot, sebab kebelakangan ni saya sibuk sikit, nak kena semak kerja-kerja dan akaun syarikat, sebab minggu depan ada financial audit"

"En Jetley ada minta tengok tak surat tu pasal apa?"

"Surat tu sebenarnya laporan kesihatan, saya agak-agak lelaki tu punya sebab tak ada pula sesiapa yang saya kenal yang bernama Brusley macam dekat laporan tu..saya nasihat mak saya jangan nak sedih sangat pasal Brusley tu, lepas tu dia nangis lagi.."

"Kalau macam tu, En Jetley cuba bawa mak En. datang jumpa saya esok"

"Mak saya ada datang sekali, tapi saya suruh dia tunggu kat kereta...sebenarnya dia yang beria suruh saya datang jumpa Cik Peris, saya datang je lah nak senangkan hati dia tapi sebenarnya saya tak cakap dekat mak saya yang sebenarnya kita jumpa ni sebab saya nak minta Cik Peris tolong mak saya"

"Kalau macam tu, sebaiknya kalau saya jumpa mak En Jetley hari ni, alang-alang dah datang kan"

En Jetley dengan senang hati mengiringi emaknya untuk berjumpa dengan Cik Peris yang sedang menunggu.

"Mak, Cik Peris...Cik Peris, mak saya" Suai kenal oleh En Jetley.

"Cik Peris, maaflah ya...makcik minta Cik Peris tengok ni dulu"

Mak En Jetley keluarkan satu sampul surat berserta satu kad pengenalan dari tas tangannya. Cik Peris pandang mak En Jetley sekilas, dibukanya sampul surat dan diteliti kad pengenalan dihadapan beliau. 
"Brusley makcik ni memang peminat Jet Li...kesian dia jadi macam ni semenjak tunang dia meninggal secara mengejut selepas kemalangan jalanraya tengah tahun lepas...Doktor Lelaki tu kata Schizophrenia "

Mak En Brusley mula menangis bersama-sama Cik Peris, sedang En Brusley aka En Jetley tercengang-cengang kepelikan. 


~THE END~


**semua watak adalah tiada berkaitan dengan yang hidup mahupun yang dah meninggalkan dunia ini**
JUST FOR FUN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...