Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Tuesday, November 22, 2011

mengalah tidak

Ya ALLAH, betapa susahnya nak berjihad di jalanMu, walaupun jihad yg cuba aku lakukan sekarang cuma sekecil2 jihad. It was a hard, tought, tight days for me. Kuatkan semangatku ya ALLAH, bekalkan aku dengan kekuatan supaya aku masih mampu melangkah ke depan, bukannya berputus asa. Aku ingin menjadi orang yang berguna dengan manfaat ilmuMu ya ALLAH. 

orang yang jahil adalah orang yang berputus asa dalam urusan menuntut ilmu

Sunday, November 20, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Hati dan iman manusia sentiasa berubah-ubah. Kita bukan malaikat, jauh lagi para nabi dan rasul yang imannya sentiasa berlipat ganda. Mengajak kembali ke jalan ALLAH bukan tanggungjawab yang mudah, terutama jika individu yang jauh tertinggal dari jalan ALLAH itu orang yang dekat di hati kita. Orang yang mengajak mestilah bijaksana dalam mengatur cara, biar sesuai dengan orang yang diajak ke jalan ALLAH.

Doa adalah penggerak yang paling utama atau pun prime mover untuk kembalikan seseorang itu ke pangkal jalan. Mintalah dari ALLAH supaya ALLAH membuka mata hati mereka yang telah tersasar dari jalanNya.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."

(surah Al-Baqarah:186)
 
Lembutkan hati mereka dengan melawat atau berkunjung ke tempat mereka. Jika perlukan sokongan atau back-up plan, bawalah sekali orang yang mereka segani. Mereka adalah tuan rumah, kita adalah tetamu yang perlu mereka hormati, insyaALLAH hati mereka akan lebih terbuka menerima nasihat.
 
Last but not least, bacalah doa pelembut hati sebelum kita mulakan misi penting, supaya hati mereka lebih terbuka dan senang menerima nasihat. Bacalah يا العزيز يا الجبار يا المتكبر , insyaALLAH usaha kita akan lebih mudah.


Sunday, November 13, 2011

Anak bercorak Islam

Assalamualaikum 

***************************************************************************************

Hari ini geduk masjid berbunyi lagi. Jam menunjukkan sudah pukul 11 pagi. Pak Iman riuh memanggil orang yang hadir supaya bersedia. Kelihatan tiga kelibat pemuda masih pegun di atas bangku di bawah pokok ketapang di depan masjid. Seorang tunduk sambil sesekali menguis daun-daun kering dengan terompah jepun, yang dua lagi kelihatan asyik menghembus asap rokok ke udara sambil bersandar di batang pokok. Pak Imam terpandang, lantas menapak kearah tiga pemuda ini. 

"Anak-anak bertiga ni macam p.cik pernah jumpa, tapi maaflah p.cik pun macam dah lupa. Tak apa lah. Tak nak naik sembahyangkan jenazah ke? Ya lah kan, dah terlanjur datang, lagi ramai lagi elok."

"Si mati tu abah kami. Tak apa lah pak imam. Kami baru je sampai dari KL semalam. Pakaian pun tak sempat nak tukar lagi, seluar ni kotor skit."

"Oh, kalau macam tu kat dalam masjid tu ada tiga kain pelikat. Eloklah tu, cukup untuk kamu bertiga."

"Tak apa lah imam. Sebab kejap lagi nak kena tolong angkat periuk nasi dengan periuk gulai kat rumah. Nanti tak adalah lepas tanam jenazah nak kena tunggu lama nak bagi makanan."

"Itu kamu jangan risau, orang kampung ramai yang boleh tolong buat semua tu."

"Bukannya apa pak imam, saya sebenarnya tak mandi wajib lagi ni."

Pak imam beristighfar dalam hati, dalam diam dia menanam simpati pada nasib si mati yang menunggu jenazahnya di sembahyangkan.

(dipetik dari satu rakaman ceramah agama, dengan olahan tulen dari penulis)

******************************************************************************************

Nauzubillahi min zaalik. Sama-samalah kita doakan supaya nasib kita tak seperti nasib si mati seperti cerita berikut.

Saya selalu dengar, rata-rata pasangan yang sudah berumahtangga tak mahukan anak yang ramai, maksimum 5orang. Katanya zaman sekarang susah nak besarkan dan didik anak, terlalu banyak cabaran. Dulu atau sekarang mana pernah lekang dengan cabaran. Ya, memang susah tapi Islam telah mengajarkan caranya. Islam telah lama mengajar umatnya untuk mengelak dari menjadi golongan yang mandul. 

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : 'Tahukan engkau siapakah orang yang mandul?'

Berkata para sahabat : 'Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.'

Lalu Rasulullah SAW berkata : 'Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.'
(Maksud Al-Hadith )

Anak itu ibarat sehelai kanvas putih bersih, ibu bapa lah yang menjadi pelukisnya. Jika cantik lukisannya, maka tinggi nilai harganya. Jika hasilnya tercorot, alamatnya tempat lukisan itu hanyalah sesuai bersama-sama sisa-sisa terbuang.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itu peribahasa melayu ciptaan nenek moyang kita. Lihat, zaman sekarang bukanlah alasan yang konkrit.

Peribahasa arab mengatakan:
Mendidik anak yang kecil ibarat mengukir di atas batu, mendidik anak yang dewasa ibarat mengukir di atas air.

Jika mengukir di atas batu, walaupun susah namun tetap berhasil. Jika melentur buluh alamatnya patah. Itulah ibaratnya mendidik anak-anak. 



Anak-anak ini sejak dari dalam kandungan begitu sensitif. Dengan izin Allah mereka di dalam rahim si ibu dapat membezakan sama ada si ibu berada di dalam gelap atau cerah. 

Subhanallah, sebab itulah didikan itu perlu disediakan ketika mereka di dalam kandungan lagi. Didikan pada tahap ini bukanlah nak ajarkan anak itu A B C atau 1 2 3 tapi kenalkan mereka dengan cara hidup yang harmoni, cara hidup yang membesarkan Allah.

Kenalkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran ketika mereka dalam kandungan lagi. Jangan jadikan 'tak pandai baca Quran' sebagai alasan. Zaman serba canggih, kalau tak mampu dapatkan iPod, pasang guna kaset pun dah cukup bagus. InsyaAllah, Allah permudahkan yang susah bila kita nekad berbuat baik kerana-Nya. 

Kalau si ibu asalnya suka mengumpat, tolonglah ubah perangai tersebut, bimbang nanti si anak yang lahir suka melelong-lelong cerita dan melaga-lagakan orang lain bila dewasa kelak. Jika pasangan suka bertengkak walaupun hanya disebabkan hal yang kecil, takut nanti anak yang lahir jadi kaki gaduh. 

Islam telah sediakan panduan dalam mendidik anak. Dari kandungan sebelum masuk 7 tahun, ajarkan mereka didikan yang tidak formal. Apa yang dimaksudkan dengan tidak formal? Ajar mereka  menjaga adab dengan individu yang lain, ajar mereka tentang sifat-sifat mahmudah, jadikan diri sebagai contoh kepada mereka, itu yang dikatakan pelajaran tak formal. Namun begitu, biarkan mereka melalui zaman kanak-kanak yang indah. Tak perlu bertindak macam diktator.
 
Masuk umur 7 tahun, didik mereka secara formal kerana pemikiran mereka sudah hampir 90% complete. Ajar mereka asas-asas fardu 'ain. Ajar mereka solat, puasa. Nasihat mereka elok-elok jika ada perlakuan yang kurang menyenangkan hati ibu dan ayah. 

Masuk 10 tahun, ibu bapa dibenarkan memukul anak-anak  secara berpatutan yang mengajar jika mereka degil, enggan solat contohnya. Pemikiran anak yang normal bila mencapai 10 tahun dikatakan telah sempurna 100%. InsyaALLAH, mereka sudah boleh membezakan apa yang baik dan apa yang buruk, bergantung kepada cara didikan ibu bapa.

Islam sudah memperkenalkan caranya kepada kita, tinggal kita sama ada mahu mempraktikkan cara itu atau tidak. Kata orang, manusia yang sombong sesat jalannya

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)





Monday, November 7, 2011

manisnya sebuah pengorbanan

Assalamualaikum
Salam aidul adha

It's already 1 1/2 days since I've been with my beloved family. I supposedly dah sampai rumah awal pagi semalam lagi, tapi dah menjadi adat pulang ke kg time waktu cuti raya memang you-know-how..0_0
Tunggu punya tunggu dari pukul 8.45pm akhirnya pkl 11pm baru sy dapat seat n bertolak plg ke kg, destinasinya = rumahku syurgaku.

Hentian putra memang extremely crouded. Lagi severe dari ruang tin sardin. Lama punya tunggu n dah boring tahap infinity, mulalah sy buat satu illegal aktiviti aka free-curi2 snapshot. Tapi honestly, tahniah kepada diri sendiri n semua yang sabar menunggu walaupun that sour-naturally produced-fluids mula mengalir n sabar walaupun terpaksa korbankan masa dan tenaga.




Tengah syok2 buat kerja tak bertauliah, datanglah seorang hamba Allah ni. From my general observation = middle age n moderate sized malay guy, bertongkat, from buku lali to midthight kna bandaged, berjubah berkopiah. Ada satu balang ditangan, bila dia hampiri kelompok manusia yang ramai, dia menghulur balang itu dengan harapan ada yang bermurah hati menghulurkan seringgit dua.

Cara lelaki tu jalan memang nampak tak normal (terencot2 heret kedua2 kaki), tapi sy dapat rasa macam ada something wrong je ngan dia. Sy pandang kaki dia, lama, tunggu kalau-kalau dia datang hulur balang tu dekat sy. Entah kenapa, dia hulur dekat orang sebelah tapi tak pandang pun sy. So saved sy punya seringgit dua. Sy bukannya nak berlagak tahap genius, tapi I officially have learnt a little bit about gait (the way people walk) since my first 2years of being a PT student. Plus ilmu yang sedikit dalam bidang musculoskeletal, sy bukanlah orang yang buta untuk menilai sama ada orang tu betul-betul sakit/hanya buat-buat sakit. So kalau lelaki tu datang hulur balang tu, perkara terawal yang sy nak tanya 'kaki encik kenapa?'

Sama ada dia betul ke tidak sakit, Allahu a'lam. Tapi meminta-minta 'sedekah' bukanlah satu good option, terdesak tahap mana sekalipun. Tapi yang sy tak senang, betul ke berjubah berkopiah tu dia punya way of dressing atau hanya untuk menarik simpati orang ramai. Jangan hanya kerana nila setitik rosa susu sebelanga.

Ketepikan hal2 yang tak penting tu, dr 8.45pm (jumaat) tunggu 11pm (jumaat) baru naik bas akhirnya pukul 1.10pm (Sabtu) baru sampai rumah. Alhamdulillah. Terubat penat bila pandang muka-muka kesayangan sy.

Next day = hari raya aidiladha. Menjadi tradisi keluarga sy tiap-tiap tahun bila Allah mengizinkan, rebahlah mana-mana ternakan yang cukup syarat.









Menu hari ini:
1) daging goreng kunyit
2) daging singgan
3) perut muda air asam
4) budu, ulam-ulaman n yg sewaktu dengannya.
5) dinner=sup tulang kegemaran.

Alhamdulillah, raya raya jugak tapi jangan lupa hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Yang wajib mesti ditunai (jgn risau, bukannya nak suruh bayar zakat). Dalam kita bermewah-mewahan dan bersenang-lenang, jangan lupa saudara seislam kita yang kurang berkemampuan. Walau hanya sempat menghulur semangkuk gulai, besar ertinya buat mereka. InsyaAllah.

Sedih pulak bila teringat cuti yang hanya tinggal beberapa kerat lagi. Tambah gabra bila habis je cuti raya, sy kena terus ke ipoh untuk melaksanakan tanggunggjawab sebagai seorang student. Selama 5minggu sy akan posting kat GH ipoh (not for LI which is next sem), balik2 untuk final exam n osce..InsyaALLAH this time i'll do better. Orang yang cintakan kejayaan tak kan pernah berputus asa. InsyaALLAH.

* tahniah kepada my 4th sis sebab berjaya lahirkan seorang baby girl yang comel sebijik macam kakak2 dia. Alhamdulillah..harap2 keluarga kita akan bertambah besar in the future 0_0'

Thursday, November 3, 2011

Minda dibawah tempurung

Assalamualaikum



"Berpasangan atau couple secara melebihi batas, memudaratkan dan menghampiri zina adalah Haram. Tiga pilihan-cara mengatasinya; Berpisah, bertaubat atau menyegerakan pernikahan! Tetapi, berpasangan atau  couple secara tidak memudaratkan, tidak melanggar batas dan menjauhi zina adalah harus.".


- Petikan ini diambil dari l********k.blogspot.com/2011/10/bagilah-can-sikit


Astaghfirullah al-'azim, saya mengucap panjang. Minda berfikir sejenak, saya terbayang macam mana nasib generasi kita kelak. Kalau macam ni lah contoh pemikiran dan persepsi sesetengah anak muda sekarang, saya tak hairan kalau di masa hadapan ramai di antara kita yang menjadi boneka penjajahan yahudi yang ala-ala moden. Nauzubillahi min zaalik.

Zaman tak akan mengubah haluan, peraturan dan cara hidup Islam. Macam cahaya, tetap travels in a straight line, in any medium sekalipun n walau semaju manapun saintis sekarang. Tapi manusia  tak kisahlah tahun 1400 atau 2011 sekalipun, tetap wujud spesies yang berhati sekeras kerikil, minda sesombong daun keladi. Pantang kepentingan diri sedikit tergugat mulalah mereka melatah. 

Marilah sahabat, kita muhasabah diri. Sebaik-baik yang bersuara adalah orang yang ahli tentang perkara yang disuarakan itu. Takutlah dengan balasan hari kemudian, jika perkataan kita yang kurang tepat itu menjadi rujukan saudara kita yang lebih jahil. Allahua'lam. 

Jangan jadi orang yang terlalu mengikut tradisi. Orang berdebat kita pun nak berdebat, walhal kita begitu jahil. Ya, semua ada hak bersuara tapi biarlah appropriate, jangan jadikan hal agama sebagai benda main-mainan. Jangan jadi manusia yang mindanya dibawah tempurung, manusia yang makin hilang their precious critical and reasonal thinking, akibatnya bila diajukan sesuatu isu, 'think out of the box-style' tidak lagi sesuai untuk mereka. Tanpa mereka sedari, yahudi si pengasas tempurung itu sedang bergelak ketawa menonton kebodohan boneka mereka. 
Astaghfirullah al-'azim..
Youngest said "Reading books make them looks great"

Wednesday, November 2, 2011

by the time you are out of joy and curious
whenever you feel sad and lonely
at the moment of hopelessness and exhausted
if you feel like giving-up and stepping back
don't you ever forget
Allah is always by your side
Allah never leave you alone
Allah knows you the most
ask for His help
don't worry
Allah never will disappoint you 
because Allah loves you the most

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...