Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Tuesday, August 30, 2011

petanda akhir zaman

Assalamualaikum dan salam aidilfitri..
Ramadhan pergi lagi, dan syawal datang kembali. Semoga peluang bertemu ramadhan masih lagi ada buat kita. Harapnya kita bukan tergolong dalam kalangan yang  beramal hanya bila bertemankan ramadhan..Amin.

Honestly, amat2 tak rugi jika kita menghadirkan diri dalam majlis2 ilmu..Alhamdulillah, mendengar ucapan tazkirah daripada ustaz yang mengimamkan solat sunat aidilfitri yang lepas telah memberi sy idea untuk entri kali ni. Memang sy bukanlah termasuk dalam golongan orang2 yang banyak ilmu dan warak, tapi menyampaikan nasihat dan peringatan kepada org lain masih lagi menjadi tanggungjawab saya terhadap Islam. 
Merumus dari tazkirah tersebut, menjadi petanda akhir zaman apabila:

Manusia lebih suka memilih orang yang jahil sebagai pemimpin
Kita rakyat negara demokratik, kita memilih pemimpin dengan mengundi. Memilih pemimpin menjadi fardu kifayah dalam urusan yang dibenarkan oleh syariah. Jadi, memilih pemimpin tidak boleh disamakan dengan cara memilih kain baju, tidak boleh dibuat secara cincai-cincai sahaja, mesti juga turut serta dengan pertimbangan akal. Silap percaturan, tanggunglah di hari pembalasan kelak.


                  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya serta para pemimpin di antara kalian (QS an-Nisa’ [4]: 59)

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِى مَعْصِيَةِ اللهِ                                                                                   Sabda Rasulullah SAW, “Tiada ketaatan bagi mana-mana makhluk pada perkara yang melanggar perintah Allah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)

Teringat sy dengan satu kisah, tentang beberapa orang makmum yang solat berjemaah di sebuah surau. Sembahyang mereka berjemaah sama2, tapi akhir sekali dapat tahu yang solat mereka tu tak sah kerana imam tak ambil wuduk. Begitulah ibaratnya memilih pemimpin yang jahil, sama seperti kita menanggung dosa bersama2. Pilihlah pemimpin yang lebih cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat, insyaALLAH selamat dunia akhirat. Bukannya pemimpin yang hanya meletak label pada Islam, kononnya sudah melaksanakan sebuah negara Islam.

Islam itu asing  
Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali seperti asing semula. Maka berbahagialah orang-orang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" [HR Muslim dan Tarmidzi]
Semakin sedikit rasa gentar pada Islam, tiada lagi hormat dan sokongan pada umat Islam. Ketika itulah mungkin agama lain akan memonopoli dunia dan isi perutnya. Orang yahudi akan mendabik dada, mengatakan tidak perlu lagi gentar pada orang Islam kerana mereka tidak lagi bersolat subuh berjemaah seperti solat jumaat.

Sedikit alim ulama' & guru, banyaknya manusia yang jahil
Siapa yang akan mengajar kita ilmu tentang hidup dan agama?? Apa yang akan jadi dengan generasi peneraju masa depan kita, sedangkan sekarang pun masalah keruntuhan akhlak bukan lagi isu yang baru.

Perkara batil mengatasi yang benar
Inilah realiti hari ini. Bila dikerjakan amal maaruf nahi munkar dipandang serong dan pelik, bila mengerjakan perkara yang batil dianggap berkara biasa, bak kata sesuai dengan peredaran zaman..Nauzubillahi min zaalik. Harapnya kita tak tergolong dalam kelompok tersebut. Yang paling ketara, peredaran fesyen dan cintan muda mudi. 

Bosnya kat pejabat kata 'saya tak nak tengok pekerja saya datang pejabat pakai baju kurung, tak profesional. Eloknya pakai kemeja kat pinggan atau mini skirt, baru pelanggan yakin'
 
Mummynya pulak kata 'Hang nak  dating kehulu hilir dengan si polan-si polan mummy tak kan halang,asal hang jangan sampai bunting sudah, nanti malu muka mummy'


Ini bukan mainan, mungkin dah berlambak2 kat luar sana yang dah biasa dengan cara hidup sebegitu. Nauzubillahi min zaalik. Ada juga jenis yang bila buat amal ibadat tu tak boleh, buat amal ibadat ni pun tak boleh, katanya bidaah. Tengoklah dulu keadaan. Kalau zikir/wirid/doa lepas solat tu bidaah, habis agaknya mana baik dengan duduk membuta, buat tepung bungkus atas tilam selepas solat subuh?? Tanya diri sendiri, jangan jadi manusia yang hanya suka menyalahkan orang lain dan membuat tuduhan melulu tanpa pertimbangan akal..



Wallahu a'lam.

p/s: jika ada tersalah silap, minta komen untuk perbaiki..kerana semua yang salah silap itu lumrahnya datang dari manusia, segala yang baik itu datangnya dari ALLAH.

Monday, August 29, 2011

erti hidup

Dia mengusap dada berkali-kali. Nafasnya rasa tersekat di halkum, sakitnya menyucuk-nyucuk hingga ke ulu hati. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Adakah ini saat baginya? Jiwanya terasa sesal, dihantui onar zaman gilang-gemilang. Dalam hatinya timbul permintaan terakhir, ya tuhan, jika kalu beri sedikit lebihan masa untukku, pasti akan ku tebus kebebalanku di waktu yang lepas..

***********************************************************************************************************

Itulah tradisi sesetengah manusia. Ada yang hidup terlalu angkuh hingga hilang rasa bertuhan, ada yang terlalu sesal dengan takdir hidup hingga hilang arah tuju. Tradisi ini tak akan terhenti sampai bila-bila, selagi masing-masing tiada muhasabah dan tidak memahami tentang hakikat mereka hadir di muka bumi ini. 

Hidup ini adalah satu latihan penafasan, bermula dari titik nafas terawal hingga titik nafas yang terakhir. Jangka antara keduanya, hanya Dia yang tahu. Setiap saat sangat bermakna kerana nafas itulah yang menentukan antara keadaan hidup atau mati. Amat menyedihkan jika hanya disedari di saat-saat nyawa hanya di hujung tanduk. Jadi lakukan yang terbaik sebagai hamba Allah kerana kita adalah apa yang kita lakukan pada masa sekarang dan masa depan. Apa yang kita lakukan sekarang mencerminkan harga kehidupan kita pada masa sekarang dan akan datang. 

Perancangan dan perlaksanaan di masa hadapan adalah syarat memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Kegagalan lampau bukanlah satu isyarat supaya berputus asa terhadap masa depan, kerana semuanya bergantung pada penilaian masing-masing.

Firman Allah : 
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(surah Al-'Asr)

"Pada hari merekaa melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanyalah sesaat sahaja pada siang hari"
(surah Al-Ahqaf ayat 35)

Setiap saat menentukan nasib seseorang di sana nanti, jadi hidup ini sangat bernilai untuk disia-siakan. Beramallah dalam masa 'sesaat' itu, mudah-mudahan kita akan memperoleh redhaNya di dunia dan akhirat.

Tuesday, August 23, 2011

doa untuk esok

Air mata mengalir lagi
sebak hadir tanpa dipinta
ayat-ayat puisi indah itu
mengingatkan pada dosa semalam

Dosa itu satu hukuman bagiku
kerana menepikan perasaan malu
menghakis iman yang sedia senipis kulit bawang

Manusia ini malu
malu pada cemburu Rabbul Izzati
malu pada harapan utusan terakhir
malu kerana hari ini tidak berbeza dari hari-hari semalam

Aku manusia yang lemah
terlalu mudah tunduk pada bujukan nafsu
manusia ini terlalu mudah lupa 
pada harga yang perlu dibayar 
untuk setiap helaan nafas yang masih berbaki

Aku masih menaruh harap
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa ku
dosa semalam, hari ini dan dosa yang mungkin berlaku esok
dosa dalam sedar mahupun tidak
tunjukkan daku jalan yang benar Ya ALLAH
yakni yang Kau berkati dan Kau redhai
jadikan daku orang yang kuat dengan cintaMu Ya ALLAH

Ini doaku untuk esok
jika esok masih kembali untukku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...