Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Monday, August 29, 2011

erti hidup

Dia mengusap dada berkali-kali. Nafasnya rasa tersekat di halkum, sakitnya menyucuk-nyucuk hingga ke ulu hati. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Adakah ini saat baginya? Jiwanya terasa sesal, dihantui onar zaman gilang-gemilang. Dalam hatinya timbul permintaan terakhir, ya tuhan, jika kalu beri sedikit lebihan masa untukku, pasti akan ku tebus kebebalanku di waktu yang lepas..

***********************************************************************************************************

Itulah tradisi sesetengah manusia. Ada yang hidup terlalu angkuh hingga hilang rasa bertuhan, ada yang terlalu sesal dengan takdir hidup hingga hilang arah tuju. Tradisi ini tak akan terhenti sampai bila-bila, selagi masing-masing tiada muhasabah dan tidak memahami tentang hakikat mereka hadir di muka bumi ini. 

Hidup ini adalah satu latihan penafasan, bermula dari titik nafas terawal hingga titik nafas yang terakhir. Jangka antara keduanya, hanya Dia yang tahu. Setiap saat sangat bermakna kerana nafas itulah yang menentukan antara keadaan hidup atau mati. Amat menyedihkan jika hanya disedari di saat-saat nyawa hanya di hujung tanduk. Jadi lakukan yang terbaik sebagai hamba Allah kerana kita adalah apa yang kita lakukan pada masa sekarang dan masa depan. Apa yang kita lakukan sekarang mencerminkan harga kehidupan kita pada masa sekarang dan akan datang. 

Perancangan dan perlaksanaan di masa hadapan adalah syarat memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Kegagalan lampau bukanlah satu isyarat supaya berputus asa terhadap masa depan, kerana semuanya bergantung pada penilaian masing-masing.

Firman Allah : 
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(surah Al-'Asr)

"Pada hari merekaa melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanyalah sesaat sahaja pada siang hari"
(surah Al-Ahqaf ayat 35)

Setiap saat menentukan nasib seseorang di sana nanti, jadi hidup ini sangat bernilai untuk disia-siakan. Beramallah dalam masa 'sesaat' itu, mudah-mudahan kita akan memperoleh redhaNya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...