Air mata mengalir lagi
sebak hadir tanpa dipinta
ayat-ayat puisi indah itu
mengingatkan pada dosa semalam
Dosa itu satu hukuman bagiku
kerana menepikan perasaan malu
menghakis iman yang sedia senipis kulit bawang
Manusia ini malu
malu pada cemburu Rabbul Izzati
malu pada harapan utusan terakhir
malu kerana hari ini tidak berbeza dari hari-hari semalam
Aku manusia yang lemah
terlalu mudah tunduk pada bujukan nafsu
manusia ini terlalu mudah lupa
pada harga yang perlu dibayar
untuk setiap helaan nafas yang masih berbaki
Aku masih menaruh harap
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa ku
dosa semalam, hari ini dan dosa yang mungkin berlaku esok
dosa dalam sedar mahupun tidak
tunjukkan daku jalan yang benar Ya ALLAH
tunjukkan daku jalan yang benar Ya ALLAH
yakni yang Kau berkati dan Kau redhai
jadikan daku orang yang kuat dengan cintaMu Ya ALLAH
Ini doaku untuk esok
jika esok masih kembali untukku
No comments:
Post a Comment