Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Monday, July 25, 2011

Sejauh mana anda TAHU?

Assalamualaikum

For entry kali ni, saya rasa terpanggil untuk 'cuci' pasal PT atau nama panjangnya = physiotherapy. Pegawai pemulihan atau fisioterapi mungkin satu-satunya my ideal career, mayb in next 2yr insyaALLAH (selain usahawan berjaya, kalau ada rezeki selepas retired).  Sebagai bakal 3rd yr physiotherapy student (mandatori 4thn full time untuk dapat segulung ijazah), saya dah d dedahkan tentang rutin harian kami d tempat kerja, dengan practical sessions bermula semenjak 2nd yr lagi.

Biasalah selepas matrik, bila berhubung dengan kawan2 lama mesti masing2 tanya "I dapat kat U** kos **, u mcm mane?" Reaksi awal yang saya terima.."apa tu, pendidikan ke?" atau "oo..nanti kerja apa?" hahaha, saya rasa macam 'OMG/YA ALLAH', sekarang ni thn 2009 ke 1989? tapi saya relax je, mayb diorang tak d dedahkan lagi kot pasal bidang ni. Respon orang yang dah tahu pulak (tapi bukan kerja dalam bidang ni).."guano nye bulih ambik fisio, nati jadi tukeng urut lah?" Sedap mulut betul, tapi saya relax je.

Cakap pasal 'urut' ni, selama dah 2thn saya study n practic, kami tak 'urut' mana2 manusia pun, tapi kami hanya menggunakan salah satu teknik yang kami pelajari dalam theoritical sessions iaitu yang d panggil SOFT TISSUE MANIPULATION. Speak of the truth, only about less than 5% sy guna teknik tu dalam sesi praktikal di mana2 hospital sekalipun di seluruh malaysia. Apa beza URUTAN dengan STM? yes, kedua2nya pakai tangan tapi STM is an evidence-based practices. Maksudnya, its not just skin to skin tapi based on knowledge about physiological, pathological condition n researches yang bukan baru setahun jagung. So, bukak minda tanya akal, logikkah d gelar kami ni tukang urut? Let say kalu tukang urut, pada pendapat saya tak perlulah sampai 4thn kat ukm, buang masa saja, baik dok Chow Kit, dapat gak RM10 sehari.

Anyway, tak perlulah saya bagi lecture kat sini, coz saya pun seorang PEMBACA jugak..kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam. Well then, anyone yang rasa berminat nak kenal lebih dalam pasal PT, google je n tak payah lah saya nak mem'boring'kan tetamu2 saya yang kurang berminat.

Honestly, ada satu hikmat jugak saya terjun dalam bidang ni..InsyaALLAH setiap hela nafas saya sarat dengan rasa syukur pada ALLAH yang Maha Esa kerana Dia, dua batang kaki saya sampai saat ni masih lagi mampu melangkah, kedua tangan saya masih mampu menyuap nasi ke mulut, kerana Dia lidah saya masih dapat bezakan antara manis dan pahit, kerana Dia akal saya masih mampu memerah idea untuk mengisi ketupat bawang yang kosong ni. Semuanya kerana Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah.

Dah bermacam jenis manusia yang saya jumpa sepanjang dua tahun kebelakangan ni. Dari yang patah kaki tangan, dari yang lumpuh, sampai ke yang mengidap AIDS, sampailah ke pt (patient) yang unconscious, kecuali yang meninggal depan mata saya. Tapi ada sorang pt ni yang menyentuh hati saya, this pt was from my latest attachment kat HKL. 17y.o quadriplegic boy (lumpuh dari pinggang ke bawah), dah lebih kurang 2-3 thn kalu saya tak silap. Langsung tak boleh gerakkan walau jari kaki sekalipun, kami just buat passive movement kat dia punya LL (lower limb). Satu pagi tu, kami tengah ajar LL exercise kat p.cik katil sebelah, tiba2 adik tu tanya " bila nak ajar saya buat exercise kaki, saya teringin nak buat sendiri". Saya dengan 2 orang lagi kawan tak jangka soalan tu dari dia n till the end of the session...speechless.







Bagi human kind yang d luar sana, hargailah apa yang anda ada sekarang. Kalau anda masih boleh berlari, kejarlah kebaikan sementara anda masih mampu. Kalau anda masih boleh berdiri, berteduhlah di bawah naungan yang tidak memudharatkan anda. Kalau anda masih boleh boleh berfikir, bersuara dan bertindak, biarlah keputusan yang anda pilih itu tidak menaniaya serta memusnahkan diri sendiri dan orang lain. Diri kita adalah tanggungjawab dan amanah untuk diri sendiri, bukan selamanya menjadi tanggungan insan lain. Tepuk dada, tanya hati, dengar suara akal.  





Sekian, terima kasih
Assalamualaikum



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...