Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Thursday, March 8, 2012

mengenal tajwid

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

2005, seingat saya waktu itulah sy mula minat dengan tajwid dan tilawah. Orang yang mula2 menimbulkan minat sy, adalah my beloved father..Sepanjang hidup sy, born as daughter of my beloved parents, itu nikmat yang paling sy syukuri selepas nikmat menjadi seorang muslimah yang mukminah insyaALLAH..

Minat tu mula berkembang ketika belajar di form6 sekejap sebelum ke matrikulasi. Masa tu allahyarham ustaz muzdi masih ada untuk ajar kami subjek tu, moga arwah bahagia di sana.. Sy cukup minat dengan subjek tu, excited setiap kali ada kelas tu, tapi agak terkilan sebab tak sempat baca depan arwah sebelum sy berenti sekolah..


Daripada 'Uthman bin 'Affan (r.'a) berkata: Rasulullah (s.'a.w) bersabda: Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya.                            
  Riwayat Imam Al-Bukhari



Jom mengenal tajwid

Menurut bahasa
Memperelokkan sesuatu

Menurut istilah
Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak2 setiap huruf yakni sifat2 aslinya (sifat2 yang lazim ada pada huruf & tidak dapat dipisahkan, seperti sifat Ghunnah) dan mustahaknya yakni sifat2 mendatang (sifat2 yang timbul dari sifat yang asli, seperti Tarqiq dari sifat Istifal) 

Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah dan mengamalkannya adalah fardhu 'ain. 


Firman Allah (s.w.t): Bacalah Al-Qur'an itu dengan secara tartil. 
(Al-Muzammil ayat 4)

Tartil di sini bermaksud bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, memenuhi sifat2 huruf berkenaan, memelihara segala hukum tajwid dan merenung maknanya.

Matlamat Ilmu Tajwid
Memelihara lidah dari kesalahan bacaan pada ayat-ayat suci Al-Qur'an.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...