Assalamualaikum
Hari ni selera makan ceq naik mendadak. Dari pagi ratah lala masak serai, bihun tomyam berkangkung bercarrot, sehingga meluangkan waktu study week dengan bereksperimen dengan sweet potato yang dah lama simpan entah sejak bila. Mak kata kalau tak tahu nak masak apa dengan bahan2 lama, jangan pulak ringan tangan nak buang, carik je dalam google..haha kelas mak. Tak lupa,credit to mat gebu for this modified recipe.
BAHAN-BAHANNYA:
Keledek jepun sederhana besar
4 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Garam mengikut keperluan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Garam mengikut keperluan
Sebiji telur
Tepung gandum
Tepung goreng ayam Adabi
Keju yang dipotong bentuk jejari secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
- Rebus keledek yang dipotong kiub hingga empuk (letak sedikit garam dalam air rebusan). Toskan dan lecek hingga halus. Masukkan susu tepung dan serbuk lada sulah. Gaul rata, dan tambah garam secukup rasa.
- Gelek memanjang sebesar 2/3 dari 2 putung jadi. Isi inti keju ditengah2nya dan balut. Kemaskan sehingga bujur. Buat kaedah sama untuk baki doh, hingga siap.
- Golek2kan cekmek dengan tepung gandum, celup dalam telur, golekkan dengan campuran gandum dengan tepung goreng ayam, celupkan lagi dan golekkan. Buat kaedah sama dengan baki cekmek. Ketepikan.
- Panaskankan minyak untuk goreng terendam. Goreng cekmek tadi hingga keemasan, tak perlu lama sangat, angkat dan toskan. Hidangkan bersama minuman petang dan sos kegemaran atau makan begitu sahaja..
INFO MAKANAN:
Keledek kaya Vitamin B, C dan E, zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.
Kandungan anthocyanin di dalam keledek itu juga mempunyai
kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA,
membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit
kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.
KELEDEK
Good points: X saturated fat/cholesterol, high in potassium, very high in Vit A & C
Breakdown
Daily Values
CHEESE
Good points:Very low in sugar, high in calcium, high in phosphorus
Bad points: Very high in saturated fat
Bad points: Very high in saturated fat
Breakdown
Daily Values
Selamat menjamu selera & selamat malam
Wish me success in practical n theoretical exam coming soon
Assalamualaikum