Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Wednesday, May 15, 2013

Cekmek berkeju




Assalamualaikum


Hari ni selera makan ceq naik mendadak. Dari pagi ratah lala masak serai, bihun tomyam berkangkung bercarrot, sehingga meluangkan waktu study week dengan bereksperimen dengan sweet potato yang dah lama simpan entah sejak bila. Mak kata kalau tak tahu nak masak apa dengan bahan2 lama, jangan pulak ringan tangan nak buang, carik je dalam google..haha kelas mak. Tak lupa,credit to mat gebu for this modified recipe.





BAHAN-BAHANNYA:
Keledek jepun sederhana besar
4 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Garam mengikut keperluan
Sebiji telur
Tepung gandum
Tepung goreng ayam Adabi
Keju yang dipotong bentuk jejari secukupnya


CARA MEMBUATNYA:
  1. Rebus keledek yang dipotong kiub hingga empuk (letak sedikit garam dalam air rebusan). Toskan dan lecek hingga halus. Masukkan susu tepung dan serbuk lada sulah. Gaul rata, dan tambah garam secukup rasa.
  2. Gelek memanjang sebesar 2/3 dari 2 putung jadi. Isi inti keju ditengah2nya dan balut. Kemaskan sehingga bujur. Buat kaedah sama untuk baki doh, hingga siap.
  3. Golek2kan cekmek dengan tepung gandum, celup dalam telur, golekkan dengan campuran gandum dengan tepung goreng ayam, celupkan lagi dan golekkan. Buat kaedah sama dengan baki cekmek. Ketepikan.
  4. Panaskankan minyak untuk goreng terendam. Goreng cekmek tadi hingga keemasan, tak perlu lama sangat, angkat dan toskan. Hidangkan bersama minuman petang dan sos kegemaran atau makan begitu sahaja..

INFO MAKANAN:
Keledek kaya Vitamin B, C dan E, zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.
Kandungan anthocyanin di dalam keledek itu juga mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.


KELEDEK

Good points: X saturated fat/cholesterol, high in   potassium, very high in Vit A & C
Breakdown
Nutritional Breakdown
Daily Values
Daily Values (based on a 2000 calorie diet)
   


                 








CHEESE
Good points:Very low in sugar, high in calcium, high in phosphorus 
Bad points: Very high in saturated fat
Breakdown
Nutritional Breakdown
Daily Values
Daily Values (based on a 2000 calorie diet)
       



                   
  






Selamat menjamu selera & selamat malam
Wish me success in practical n theoretical exam coming soon
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...