Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Sunday, March 13, 2011

Kerja amal

Hari pertama memang tragis habis. pagi2 mcm biasa, dengar taklimat yang dsampaikan oleh senior fisio a.k.a chef wan (bukan nama sebenar). butiran2nya termasuklah pasal pt record book ngn reflective diary book yg sy rasa benda yg plg leceh kalau posting kat HKL. chef wan tu sllu sebut 'bila kamu start esok'..jd sy ngn kengkawan sy yg sorg ni ingat hari first tu dengar taklimat je lah, esok baru start buat kerja..fuhh,ktorang tarik nafas lega sbb hari first tu tak prepare sangat..selesai bg taklimat, diorang bwk kami2 semua pergi melawat area2 yang kitorang kena masuk untuk 2minggu pertama. sy kena kat medikal ward (w25,w19,w8). tiga/empat org dh lepas, baru sy perasan kami2 yg dh lepas turn melawat tu dh hilang..barulah tercapai dek akal, ni bukan lawatan, tapi chef wan tu kononnya tolong hantarkan kami2 semua kepada clinical educator (CE) kami masing2.


Dari tingkat1 ke tingkat5, jumpalh sy ngn CE d w25..nasib baik minggu1 ada sorg budak Mahsa ikut sekali, takde lah sy kekok sangat ngan En. Rock (bukan nama sebenar). first pt nama syahirah kalau tak silap, ade mild CVA. dah nama xprepare, gabra habis jadi..cakap ngan pt xyah crita, sampai si syahirah tu tya, 'oghe klate ko?' dia yg memahami,  suruh sy cakap loghat ibundaku je, payah benar dia cakap. tengah sy dok assess si syahirah tu, dtg la En.Rock menyibuk tanya sy clinical reasoning untk itu dan ini. dah ngn kipas tak terpasang + overal + gabra = mengalirlah peluh2 d dahi. kurang asam punya pt, siap kenakan sy depan CE lg. dia cakap 'dh b'peluh dh'. takpe, sy buat-buat xtahu je. tapi satu benda yg aku bengang skit ngan En. Rock,dengan kedudukan sy ngn CE+CS yang tak berapa jauh mana, ade dia ckp ngn clinical supervisor (CS) dia 'budak ni blurr la encik'. menyirap terus darah ke muka. ape kes cakap kuat2 depan aku ni?baik cakap atas batang hidung aku terus, takde lah aku nk rase sebengang ni. tapi bengang2 pn, xde lh sy nk marah dia, dh lumrah jadi student n jasamu tetap dkenang.


Miggu ke3 merangkap minggu ni, ditakdirkan sy ikut chef wan masuk wad ortho. dh la minggu ni diorang sibuk wak audit. alkisahnya, chef wan tu kena ikut datin pergi mana ntah..so terkontang kanting lah manusia yang bernama maziah kamal, macam bola, ditolak ke kanan maka ke kanan lah ia bergolek..'maziah kamal', itulah nama yg diorang bagi kat sy (dalam jadual student yg tolong fisio siapkan audit). kurang gula betol, dh mintak tolong, nama tak reti nak tulis betul2, sampai hujung minggu diorang tak perasan. dalam minggu ni, pagi kami2 masuk wad, petang siapkan audit, pt tak terbuat. ini lah kejadahnya kerja last minit (moral value).


Esok, bermula minggu seperti yang tertera di bawah sekali, tak tahu lh CE mana yg saya nk kena ikut..tapi diiisebabkan sy ni optimis, sy redha je lh apa2 pun..sebab optimis jugaklah, kerja2 yang berlambak termasuklah pt log book+ reflective diary+ case presentation+assessment form tak tersiap2 lagi walaupun minggu ni free 2hari nah (kami2 budak fisio mmg biasa cuti hari ahad je). so kesimpulannya, overoptimis ni jugak lah yg buat sy malas yg amat2 sangat.
  
Esok dah masuk minggu ke-4 sy posting d HKL. Maksudnya tinggal 2minggu lg sy b'maustatin kat sana, lima hari seminggu, dr pukul 8pg-5ptg. kerja berlambak, penat tak payah cakap. tapi takpe, dah nama student. kenapa mesti 'kerja amal'? sebab semenjak menjejak kaki kat sana bermula dr 21/2/2011 yg lepas, sy b'perasan mcm org dh kerja, turun rumah lepas subuh balik sebelum maghrib. kerja punya kerja, poket tak penuh2..maksudnya, tak dapat gaji lh. begitulah alkisahnya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...