Dia tersenyum
Kala matanya menyapa lembut wajahku
Aku terpana dan merintih
Ya ALLAH, izinkan aku
membalas renungan mata itu terus hingga ke akhir hayatku
biarlah dia terus memandangku dan tersenyum padaku
kerana kehangatannya telah bertaut denganku
bertapak kemas seakan enggan berangkat pergi
menyentuh jemarinya
membuat aku sebak tapi bahagia
tangan itu
berkorban terlalu banyak
aku yang dulunya tidak mengerti apa-apa
semakin banyak memahami dunia ciptaan Tuhan
aku sedar aku siapa
tidak layak bagiku untuk terlalu banyak meminta
tapi dia
darahnya tepu mengalir dalam jasadku
aku pinta belas kasihMu Ya ALLAH
agar hakikat itu menjadi amanah bagiku
untuk dia
asalkan Kau izinkan
banyak yang mahu aku berikan untuknya
terlalu banyak yang aku citakan untuk dia
angin,
tiupkan ke sisi dirinya orang yang dicintainya
agar hari sepinya terubat
hujan,
basahkan kudratnya dengan redha Tuhanmu
agar bahagia menemaninya selalu
api,
hangatkan dia
dengan kasih sayang sekalian makhluk ciptaanNya
agar dia rasa selamat
bumi,
doakan dia kasih Tuhanmu
melebihi jasa dan cintanya kepadamu sepanjang hayatnya
untuk dia
aku suakan semua kasih dan sayangku
selepas ALLAH dan Rasul-Nya
pada dia
EMAK dan AYAH
No comments:
Post a Comment