Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Friday, October 14, 2011

Surat kepada Hawa

Assalamualaikum wrt wbt,

Buatmu,
Hawa

Sebagai pembuka kalam, izinkan aku memohon maaf atas kelemahan surat ini, kerana aku juga seorang manusia dan hawa yang biasa, bersifat cenderung melakukan kesalahan. Aku bukanlah berniat untuk membangga-banggakan diri dan mengutuk-ngutuk kaumku sendiri tapi wadah ini adalah sebahagian dari isi hatiku. Segala yang tercacat cela di dalam surat semuanya datang dariku, semua yang baik datangnya dari tuhanku, ALLAH swt. 


Persepsiku, tidaklah layak bagiku untuk mendabik dada mengatakan bahawa pendapat-pendapatku semuanya betul tentang sesuatu perkara, sedangkan aku juga di dalam proses  muhasabah diri sendiri kerana aku bukanlah orang yang warak-warak yang berkata-kata dan bertindak dengan berbekalkan ilmu di dada.


Aku juga seperti kamu, sukakan sesuatu yang cantik. Memang, cantik itu sangat subjektif. Jika rupa fizikal yang menjadikan kamu cantik, itu satu bonus. Mungkin cantik dari cara kamu berfesyen atau mungkin dengan cara pembawakan diri. 


Aku sukakan kecantikan tapi kurang senang bila sesuatu yang cantik itu disia-siakan untuk orang yang belum berhak. Jangan jadi seperti tester-tester gincu dekat Watson, yang hanya untuk dicuba tapi bukan untuk dimiliki. Biarpun ingin dipuji cantik, biarlah pujian itu datang dari yang halal bagimu. Ya, aku juga kadangkala tak terkecuali, tapi aku tak mahu diriku dan kaumku terus-menerus menjadi sebab kelekaan adam-adam di luar sana. Aku tak kisah walaupun kita tak dipandang dan tidak menjadi rebutan hari ini asalkan gelaran sebaik-baik wanita itu menjadi milik kita bersama.


Terus-terang, aku mungkin punya self-esteem yang tinggi. Aku menghargai diriku seadanya. Tapi itu tak bermaksud kesempurnaan dan aku masih lagi mencari potensi diri kerana aku tahu aku mampu walau aku dicampak di dunia yang alien sekalipun, InsyaALLAH. Satu perkara yang aku betul-betul berharap dari kamu, bukalah mata dan lihatlah diri sendiri. Lihatlah dari sudut inferior kalau itu melibatkan nikmat pinjaman yang sementara cuma. Jangan sampai satu hari murung mucung hanya semata-mata dikritik berisi, muka berjerawat. Memang bukan senang nak buat donnow. Aku pun kadang-kadang rasa tak yakin juga lebih-lebih lagi bila ramai kawan-kawanku boleh dikategorikan sebagai cantik, bagiku. Tapi bila dinilai dari satu sudut, aku bersyukur walaupun tak diberi rupa fizikal yang menarik tapi sebagai ganti Allah sediakan aku dengan kelebihan tertentu yang mungkin tak ada pada kawan-kawanku. 


Fikirlah, ketika kamu mengagumi kelebihan orang lain mungkin orang lain sedang berdoa supaya diberi kelebihan seperti kamu yang mungkin kamu sendiri belum terokai. Daripada mendambakan sesuatu yang mustahil untuk kamu, padaku lebih baik kamu pandang potensi diri sendiri, kenalpasti stimulator potensi tersebut dan kembangkan ke tahap yang paling maksimum. Jadilah diri sendiri. Bagiku, aku tak mahu ada orang lain yang menyerupaiku kerana itu hanya akan menjatuhkan aku ke tangga yang ke2 dan hilang keunikan dari diriku.


Mencecah usia 20-an, aku rasa lebih matang, mungkin masa dan pengalaman yang bertanggungjawab. Semakin hari aku dapat rasa sifat protective terhadap keluargaku semakin severe. Entahlah, tapi padaku itu normal. Aku rasa kamu pun sama, lebih-lebih lagi terhadap orang tuamu. Siapa yang tak sayang keluarga, especially our beloved parents. Tapi sejauh mana kita tunaikan janji kasih sayang itu? Ramai yang lafazkan perasaan sayang, tapi kat belakang lain cerita. 


Kita kaum hawa, tak sedarkah segala perlakuan kita akan turut sama mengheret adam-adam yang kita sayang untuk menanggung side effect bersama-sama? Di mulut sayang, tapi bila berdua-dua dengan ajnabi hilang terus ingatan pada janji sayang yang dilafaz. Di mulut sayang tapi hati senang, girang bila ada yang memuji, kamu nampak cantik sangat bila biarkan kepalamu  tak bertutup, rambutmu dibiar ditiup angin, dah macam amesha patel lah. Apa dosa adam-adam dalam keluargamu, sehingga terpaksa mengheret dosamu bersama ke lubang kubur sendiri. Nauzubillahi min zaalik. Aku terlalu sayangkan keluargaku, lebih-lebih lagi ibu dan ayahku, tak sampai hatiku untuk membiarkan ayahku menanggung dosa atas perbuatanku.

Aku tak pasti, tapi agakku mesti aku pun pernah juga jadi mangsa word poyo lelaki. Entah, aku pun tak pasti apa maksud poyo tu sebenarnya. Adakah kita poyo bila kita buat tak tahu saja bila ada adam yang berani buka langkah kononnya nak mengurat? Adakah kita poyo bila kita buat cool atau poker face bila perlu berurusan dengan lelaki? Aku tahu, mesti ada lelaki yang pernah rasa menyampah dengan aku, mungkin bila aku jadi bluurr masa berurusan dengan mereka, mungkin tika aku mengelak dari mereka atau mungkin bila aku buat tak perasan bila bertembung dengan mereka. Maafkan aku lelaki, bukanlah kerana aku bersangka buruk kepada kaummu, tapi aku hanya berjaga-jaga kerana syaitan terlalu suka untuk menjadi yang ketiga. 

Aku tak tahu sama ada kamu pun pernah ke tidak rasa apa yang aku rasa. Sejujurnya aku katakan, bukan itu pintaku. Aku pun manusia biasa yang ingin menyintai dan dicinta. Tapi aku bukan manusia yang gelojoh, aku tak akan mintak sesuatu yang bukan milikku. Hanya satu yang aku tahu, aku pada masa sekarang adalah refleksi ketua keluargaku kelak. Aku sedang berusaha untuk tidak mengkhianati dia sebagaimana aku tak mahu dia mengkhianatiku. Aku mahu jadi yang pertama dan terakhir untuknya, jadi aku perlu jadikan dia yang pertama dan terakhir bagiku, walaupun pada saat ini aku belum mengenalinya. Aku yakin dengan janji Allah, jadi aku berharap agar kamu turut meyakini janji-Nya, insyaAllah. 

Sebaik-baik wanita ialah wanita yang namanya tidak disebut-sebut lelaki dan dia tidak menyebut-nyebut.

Aku tutup kalamku dengan berjuta kemaafan jika hatimu ada tersinggung denganku.
Assalamualaikum wrt wbt.

Ikhlas, 
Dariku.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...