Alu-aluan



Kepada individu yang pernah atau sedang menumpang lalu di KETUPAT JANTUNG, saya dengan ikhlas ingin menyampaikan satu pantun dua rangkap:
~Ikan puyu empat samas, thank you very much~



Sunday, October 16, 2011

Syaitan bertepuk tangan

 سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Assalamualaikum

Saat manusia merasa takut dan gelisah, mereka datang mencari peluang. Bila manusia mula berburuk sangka, mereka bersiap sedia untuk berkerja. Bila bermulanya amarah manusia, saat itu mereka tersenyum. Bila manusia mula berputus asa dari rahmat dan janji Allah, mereka ramai-ramai bertepuk tangan dan menari-nari gembira. Itulah sumpah syaitan terhadap manusia. Walau sebesar zarah pun, mereka takkan lepaskan peluang untuk menyesatkan manusia.

'Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya (setan) itu hanya menyuruh kamu agar berbuat jahat dan keji, dan mengatakan apa yang tidak kamu ketahui tentang Allah.'
(Al-Baqarah: 168-169)

Marah, salah satu pintu untuk syaitan menghuni dalam hati manusia. Walaupun begitu, bergembiralah bagi manusia yang memiliki sifat marah. Kerana walaupun secebis, marah itulah yang membezakan kita dari golongan tafrith, golongan yang langsung tidak memiliki sifat marah. Tidak kisah walaupun dunia porak peranda. Tidak kisah walaupun harga diri dan keluarga dicarik-carik. Tidak kisah walaupun agamanya diinjak-injak dan dibuat bahan gurau senda oleh musuh Islam. Ibarat plastik, tidak berperasaan. 

'Muhammad adalah utusan Allah,dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), tetapi berkasih sayang sesama mereka.'
(Al-Fath: 29)

Buruknya marah yang berlebih-lebihan dan bukan kerana Allah. Buruknya marah apabila manusia mula hilang pertimbangan, hilang kewarasan dan lupa diri. Buruknya marah bila manusia mula melibatkan orang lain dalam amarah mereka. Buruknya marah apabila sifat itu mula melahirkan perasaan dendam, benci dan dengki.




'Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (yaitu) orang yang berinfak baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.'
(Ali Imran: 133-134)

Islam itu syumul, that's the beauty of Islam. Merangkumi segala-galanya hatta sesimple 'marah'. Kawallah marah anda dengan cara Islam: 
  1. Ucapkan Ta'awudz.
  2. Diam.
  3. Duduklah jika marah itu muncul ketika sedang berdiri, jika tidak berkesan baringlah.
  4. Pujuklah jiwa yang sedang marah dengan air wuduk.
Manusia disaran mengawal perasaan marah, tapi bukan eliminate marah secara total. Jadilah orang yang bersederhana dalam perasaan marah, yang terpelihara hanya untuk hal-hal yang melibatkan gangguan terhadap diri, keluarga, agama dan negara. Jangan benarkan syaitan bersorak gembira meraikan amarah seorang hamba Allah.

'ANGRY PERSON LOOKS UGLY'
'BEST DRUG FOR ANGER IS FORGIVENESS'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...